Tekanan Darah Systolic (angka bacaan di atas) mmHg
Bacaan semasa jantung mengempan.
Tekanan Darah Diastolic (angka bacaan di bawah) mmHg
Bacaan semasa jantung berehat
NORMAL ( <120 / <80 )
PRA HYPERTENSI (120 - 139 or 80 - 89)
HYPERTENSI / TEKANAN DARAH TINGGI PERINGKAT 1(140 - 159 or 90 - 99)
HYPERTENSI / TEKANAN DARAH TINGGI PERINGKAT 2 (>160 or >100)
Mengapa penting mengukur tekanan darah secara berkala???
Adalah mustahak untuk anda mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan sama ada tekanan darah anda tinggi atau tidak. 90% penghidap Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan tanda awal.
90% penyebab sebenar Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi adalah tidak diketahui manakala 10% lagi adalah akibat penyebab sekunder iaitu akibat penyakit tertentu.
Faktor risiko yang menyebabkan Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi adalah :
- Cara hidup tidak aktif
- Umur melebihi 35 tahun
- Merokok
- Kegemukan
- Paras kolestrol tinggi
- Sejarah keluarga
- Pengambilan alkohol yang berlebihan
- Pengambilan garam yang tinggi
No comments:
Post a Comment