SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT TERAPI EMAN.BLOGSPOT.COM

Wednesday, 2 November 2011

STROKE @ ANGIN AHMAR

Hai, Assalamualaikum untuk semua.

Untuk entry kali ini ingin menceritakan tajuk mengenai STROKE @ ANGIN AHMAR. Mesti semua orang pernah dengar tentang stroke, memang ada diantara kita yang memanggil stroke tp ada juga yang panggil angin ahmar.

Bagaimana boleh mendapat serangan stroke ?

Ia semua berpunca dari darah yang kotor dan pekat yang ada didalam badan. Darah yang kotor dan pekat ini akan mengalir kesuluruh badan lalu sumbat didalam saluran darah di otak kita yang kita panggil sebagai KAPILARI DARAH. Kehalusan saluran kapilari darah adalah sarang, labah-labah atau lebih tepat sehelai rambut dibahagikan 100 kali. 1/100. Apabila darah yang pekat dan bersifat asid ini trkumpul lalu sumbat disaluran kapilari ia akan menyebabkan otak kita tidak cukup oksigen lalu gagal berfungsi. Otak manusia terbahagi kepada 2 bahagian OTAK KANAN mengawal pergerakkan badan sebelah kiri dan OTAK KIRI akan mengawal pergerakan badan sebelah kanan. Jika tersumbat berlakulah disebelah kanan otak maka kita gagal menggerakkan anggotan badan sebelah kiri.

Apakah stroke @ angin ahmar ?
Serangan stroke terbahagi kepada 3 kategori :-
1. Ringan - kebiasannya berlaku dibahagian muka (senget/herot ketepi ) dan tangan menjadi lemah.
2. Sederhana - dari hujung kepala hingga hujung kaki menjadi lumpuh sebelah badan.
3. Berat - dari hujung kepala hingga hujung kaki menjadi lumpuh seluruh badan. Hanya mampu berfikir,
 melihat, mendengar sahaja. Makan, minum, mandi, buang najis segalanya dilakukan di atas katil.

Simptom @ tanda-tanda awal

1. Pelupa
2. Selalu sakit kepala dan pening
3. Hilang keseimbangan bila berjalan
4. Jari lemah bila memegang
5. Kebas atau sejuk pada kaki dan tangan
6. Telinga berdesing
7. Sukar bercakap
8. Mata kabur
9. Keturunan

No comments:

Post a Comment